Welcome

Cuma sekadar luahan dari hati

Wednesday, September 9, 2009

Zaman Persekolahan

Apabila sudah bekerja ni, kadang-kadang terfikir alangkah bagusnya kalau sekarang ni kita masih di alam persekolahan atau university. Zaman sekolah memang menyeronokkan. Kurang bebanan fikiran. Hanya pegi sekolah, amik periksa, terlibat dengan ko-kurikulum, kawan-kawan dan enjoy-happy selalu. Tiap-tiap hari duit belanja mak ayah bagi. Tak perlu fikir kena bayar hutang PTPTN, bayar bil broadband, bayar bil itu, bayar bil ini dan macam-macam lagi kerja orang dewasa.

Yang aku rasa paling best sekali bila join aktiviti ko-kurikulum. Semasa di sekolah menengah aku ikut masuk PBSM (Persatuan Bulan Sabit Merah) kerana dulu cita-cita nak jadi doktorlah konon-kononnya :P. join PBSM konon untuk bantu merawat pesakit apabila aku terlibat untuk bertugas dalam acara sukan sekolah atau semasa pertandingan merentas desa (ampang tu “desa” ke? Oohhh ampang desaku yang permai LOL =P). Bila join aktiviti ni aku akan kenal dengan ramai orang. Semasa di tingkatan 4 aku dah ada jawatan dalam PBSM iaitu Bendahari atau pun jawatan “Koperal” kalau ikut ranking jawatan dalam carta organisasi PBSM. Rasa macam bangga jerk sebab kat bahu uniform tu dah tercalit satu paku. Huhu rasa macam dah besar je jawatan tu. Tambah pulak bila adik-adik junior memandang tinggi pada kita & ramai la junior yang kenal dengan Kak K****j* ni walaupun Kak K****j* tak kenal diorang. Huhu ~~~

Sampai satu tahap aku mewakili sekolah dalam Pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah Hulu Langat dan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tu. Wahhh syioknyeeeee…. Memang satu kenangan yang tak dapat dilupakan apabila majlis penyampaian hadiah di sekolah disampaikan oleh guru besar dan disaksikan seluruh warga sekolah. Rase macam femes sekejap. Hehe :P

Kalau nak diikutkan, aku bukanlah terlalu glamer sangat kat sekolah. Ada orang lain lagi yang lebih glamer daripada aku kerana diorang banyak menyertai acara sukan sekolah atau mewakili sekolah dalam acara sukan. Biasalah, athlete kan famous. Terutamanya acara sukan rugby. Sekolah aku memang boleh dikatakan terer juga dalam sukan ni di peringkat daerah hulu Langat. Abang-abang rugby memang banyak peminat dan secret admirer (tak termasuk aku ye).

Cerita pasal secret admirer, banyak juga aku jadi secret admirer orang semasa di sekolah dulu. Kira macam “crush” atau cinta monyet la (aku ni memang gatal rupanya dulu) Haha kelakar pulak rasanya bila diingatkan balik. Daripada tingkatan 1 sampailah tingkatan 5, setiap tahun mesti akan ada seorang yang aku minat. Biasanya aku cuma minat dari jauh je, dan tak lebih daripada tu. Kalau ada kawan-kawan aku yang cabar aku suruh tegur orang yang aku minat tu, sorry, terima kasihlah. Memang aku tak berani punyer. Kalau dalam satu hari, aku mesti nak tengok muka orang yang aku minat tu. Tak dapat tengok orang, dapat lalu depan kelas dia je pun jadilah. Kalau dapat tengok, terus jadi happy je & bersemangat untuk menjalani sepanjang hari tu.

Orang yang jadi secret admirer aku pun tak kurang juga (bukan nak kata aku ni femes, glamer atau cute atau apa saja. Saya ni biasa-biasa saja orangnye…chewaahhh). Pernah juga aku dapat surat layang nak ngorat aku. Cesss ada ke dia pergi tinggalkan surat tu atas meja cikgu??? Buat malu aku je. Kejadian ni berlaku semasa aku di tingkatan 3. Cikgu baca surat tu dan panggil aku untuk serahkan surat tu. Nasib baik cikgu tak cakap apa-apa depan kawan-kawan yang lain. Kalau tak confirm aku kena sakat dengan kawan-kawan. Terima kasih cikgu (Al-fatihah….cikgu ni dah meninggal dunia selepas aku ambik SPM).

Andai masa dapat diputarkan kembali, aku ingin melewati saat-saat indah zaman persekolahan yang penuh suka duka. Aku hanya ingin mengulang kembali saat-saat itu dan mengalami peristiwa-peristiwa itu tanpa mengubahnya sedikitpun walaupun ada kenangan-kenangan pahit yang tidak dapat aku lupakan. Sesungguhnya kenangan pahit itulah yang telah menjadikan aku dewasa dan matang seperti hari ini. Aku rindu ingin bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah yang telah lama aku tidak jumpa. Apa khabar agaknya kalian ya?

Thursday, September 3, 2009

KJTR III

Hari ini berjalan seperti biasa tanpa banyak masalah. Cuma di penghujung hari ada empat keping cek yang perlu aku batalkan kerana telah ditolak oleh bank. Kadang kala pening juga kerja di kaunter ni. Kalau hari-hari yang ok, tak ada masalah semuanya akan berjalan lancar. Tetapi bila ada sesuatu yang tidak kena pada permulaan hari, masalah itu akan berlarutan hinggalah ke petang dan akan berjangkit dari satu kaunter ke kaunter yang lain.

Pernah satu hari tu, system tergendala dan kaunter tak dapat beroperasi seperti biasa. Pelanggan tak dapat nak berurusan di kaunter untuk membuat simpanan atau pengeluaran. Pada mulanya aku ingat masalah itu hanya sementara, tapi rupanya samapai nak dekat setengah jugalah kami tak boleh online ke system. Pelanggan makin lama, makin ramai. Ada juga yang sudah mula tunjukkan tanda-tanda macam nak marah kerana terpaksa tunggu lama.

Bila system dah okay, dan kami mula entertain pelanggan, muncul lagi satu masalah (masalah ni memang biasa, dalam sebulan wajib terkena sekali). System giliran nombor iaitu Queue Management System kami menghadapi masalah. Teller tak boleh nak panggil nombor, dan pelanggan yang baru datang tak boleh mengambil tiket nombor. Memang kelam kabut jadinya. Nasib baik ada pegawai keselamatan yang memainkan peranan memanggil nombor secara manual. Masalah ini berlarutan sepanjang hari hingga ke petang. Sigh~~~ aku paling tak suka masalah yang ni sebab aku tak boleh kawal pelanggan yang datang ke kaunter aku. Pak guard tu asalkan nampak orang beredar dari kaunter je, terus panggil orang yang seterusnya duduk di kaunter. Tak sempat nak berkemas atau get ready for the next customer!

Di samping tu, nak dijadikan cerita, sepanjang hari itu juga system kad akses kami menghadapi masalah. Ada beberapa orang staff yang tak boleh keluar masuk pintu pejabat kerana kad mereka direject oleh system. Kiranya nampak seolah-olah mereka tu not an authorized personnel la… tak boleh masuk office. Mengarut betul. Padahal tak ada sapa usik pun system tu, tetiba jadi problem macam tu.

Bila hari sudah menjelang petang dan tiba waktu untuk tutup operasi, kami semua berasa lega kerana akhirnya we made it to the end for the day. Hehe.. Dengan masalah yang bertimpa-timpa macam tu, semua orang rasa lelah dan nak cepat-cepat selesai semua urusan. Susah rasanya bekerja dalam suasana yang bermasalah. Hari itu, kami akan ingat selalu sebagai hari yang begitu menguji kesabaran dan penuh masalah.

Tuesday, September 1, 2009

Cap Jari

Did you ever wonder? Pernah tak korang terfikir? Apabila pergi berurusan di kaunter institusi perbankan, mengapa cap jari KIRI yang akan diambil? Mengapa tidak jari kanan?

Mengikut logic pemikiran aku, kebanyakan orang di dunia ini biasanya akan menggunakan tangan kanan untuk membuat kerja-kerja harian, pendek kata Right handed lah. Kemungkinan jari akan rosak akibat membuat kerja-kerja kasar, terluka atau menjadi haus apabila kerap terkena sabun jika jari sensitif.

Keadaan ini menyebabkan ibu jari kiri dipilih untuk diambil cap jari kerana kurang rosak berbanding jari kanan. Tetapi, jika kidal pula, jari kanan yang akan digunakan.

So, now you know! :P

(Entry ni mungkin pendek saja, sebab aku pun dah taktau nak tulis apa sebenarnya. Aku dapat idea ni pun selepas customer aku tanya soalan tu tadi kat aku)

Thursday, August 27, 2009

KJTR Part II

“Salam, di bulan yang mulia ini, saya ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya yang membuatkan **a marah dengan saya. Saya malu dengan apa yang terjadi. Insyallah lepas ni saya takkan ganggu awak lagi, saya sedar siapa saya, I’m sorry, ok!”

Setelah beberapa lama, barulah dia nak sedar apa yang dia dah buat selama ni tu salah. Aku dah tak balas langsung apa-apa saja sms yang dia hantar pada aku dan aku buat tak layan saja bila di pejabat. Mungkin melihatkan aku tiada respon, dia pun ‘fedup’ dan terfikir nak hantar sms meminta maaf tu.

Syukurlah kalau dia dah sedar. Aku tak tahu lagi nak buat macam mana kalau keadaan masih berlarutan dan aku tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerja hanya kerana terdapat gangguan2 seperti itu. Semoga dia betul-betul maksudkan apa yang dia sms tu.

Wednesday, August 26, 2009

Happy Birthday

Hari lahir seseorang. Tak boleh buat seperti kebiasaannya iaitu dinner. Tetapi kali ini digantikan dengan acara berbuka puasa.

Walau apapun, Selamat Hari Lahir buat "seseorang" tu. Selamat Ulangtahun yang ke-28. Dah tua dah rupanya...Hehehehe......

Monday, August 24, 2009

KJTR

Hari ini merupakan hari pertama berpuasa pada hari bekerja. Aku menjangkakan pelanggan akan ramai hari ini, tetapi yang sebaliknya terjadi. Banyak kali juga aku dan rakan-rakan yang lain menguap sambil menunggu pelanggan datang. Hehehe buruk betul perangai menguap di depan kaunter. Nasib baik “supervisor” tak nampak.

Ada perkara yang bermain di fikiran aku sekarang. Salah satunya kedaan aku di pejabat. Beberapa minggu yang lalu aku telah mendapat sms yang bukan2 daripada seseorang di pejabat. Isi kandungan sms itu tak dapatlah aku nak ceritakan di sini. Biarlah rahsia…. Tapi cukuplah kalau aku cakap mesej macam tu boleh buat sesiapa saja akan hilang tumpuan terhadap kerja.

Biar aku tegaskan di sini, jika keadaan masih terkawal mungkin tidak mengapa. Tapi sekarang keadaan seperti sudah jadi lain. Bila duduk beramai-ramai, hanya aku seorang saja yang ditegurnya sedangkan ramai lagi yang lain yang berada di situ. Aku jadi pelik dan hairan. Geli pun ada…Eeeeee…. Tak sedar diri sudah beristeri dan umur pula seperti dah layak jadi ayah aku kottt???

Tetapi aku tak dapat nafikan, bila terjadi sesuatu kepada aku dia akan selalu “backing” aku. Kemudian semasa aku hendak memohon cuti raya, orang lain semua perlu di’cantas’ cuti mereka tetapi tidak aku. Dari satu segi aku merasakan seperti aku telah menyalahgunakan keadaan ini. Tapi bukan aku yang minta benda ni terjadi. Adakah aku hipokrit?

Buat masa sekarang ni aku cuma perlu bertahan dan buat tak tahu saja jika ada yang pelik2. Nasib baik sekarang ni dia dah tak ada lagi sms kepada aku. Sejak dia dimasukkan ke hospital selama seminggu akibat denggi minggu lalu, dia sudah tidak lagi menghantar sms yang merapu kecuali ucapan selamat berpuasa pada 1 Ramadhan lepas.

Walau apa sekalipun, aku perlu berhati-hati.

Friday, August 21, 2009

Something sweet~~~

Seorang lelaki datang ke kaunter aku setelah nombornya dipanggil. Setelah menjawab salam yang aku beri, dia tersenyum manis sambil memandang aku seperti orang yang sudah kenal aku atau berjumpa dengan aku sebelum ni.

Aku tak nafikan sebelum ni pun memang dia pernah berurusan di kaunter aku, kerana mukanya memang “familiar”. Mukanya agak “cute” dan boleh tahan (pada pandangan mata aku la). Ketika kusyuk menaip maklumatnya di skrin komputer, aku merasakan seperti diperhatikan dan terus memandang ke arahnya.

Seperti yang aku jangka dia memang sedang merenung ke arah aku, dan mungkin kerana terkejut dia tersenyum malu lantas memalingkan muka ke arah lain dengan baki senyuman masih lagi di bibir. Aku jadi pelik, dan tersenyum sendirian.

“Sarung tangan hitam tu beli di mana?” tiba-tiba dia bertanya.

“Haaa..? apa dia? Sarung tangan?” aku menjawab semula kerana tidak faham dengan soalan. Aku jadi bengong sekejap sedangkan aku memang sedang memakai sarung tangan hitam di tangan kanan bertujuan untuk mengambil cap jari pelanggan lelaki.

“Apa…? Ooohhh… sarung tangan ni? Emm pejabat yang provide sarung tangan ni. Saya pun tak tahu diorang beli kat mana” jawab aku separuh kelam kabut. Ishhh…kenapa aku jadi kelam kabut pulak ni? Aku jadi macam tak keruan je. Hehe. Aku memang suka tengok muka dia mungkin sebab muka dia yang “sweet” agaknya. Aku terasa seperti dia sengaja cari soalan untuk berbual-bual dengan aku.

Sepanjang urusniaga itu deria keenam aku (“sixth sense” la pulak…) masih dapat rasa matanya yang memerhatikan aku. Setelah selesai, aku menyerahkan semua dokumen kepadanya sambil mengucapkan terima kasih dan salam. Dia mengucapkan terima kasih kembali dan mula bangun.

Sebelum beredar dari kaunter, dia berpaling dan mengucapkan terima kasih SEKALI LAGI sambil tersenyum amat manis….(huhu ke aku je yang perasan ni?). Waahhhh..cair aku dibuatnya…

Bila aku semak semula maklumat diri dia, rupanya dia muda setahun dari aku. Haha “cancel” lah. Aku tak berminat dengan lelaki lebih muda. Lelaki yang datang berurusan di kaunter hanyalah sebagai “eye candy” pada aku. Tengok boleh, usik jangan. Huhu…..