Welcome

Cuma sekadar luahan dari hati

Monday, November 30, 2009

10 minit

Adakah menunggu selama 10 minit itu terlalu lama untuk berurusan di mana-mana kaunter perkhidmatan? Pada pendapat aku tidak. Tetapi lain pula yg bermain di fikiran seorang pendeposit TH. Menunggu selama 10 minit adalah terlalu LAMA bagi beliau untuk deposit wang ke akaun. Padahal pelbagai kemudahan lain telah pun disediakan seperti CDM, kaunter Bank I*lam, Bank Rak*at, Pejabat Pos, Bank S*mp*nan Na*io*al, internet banking dan lain-lain.

Dia sendiri yang tak mahu menggunakan kemudahan tersebut, dan terpaksa menunggu lama (kaunter ramai orang kerana cuti sekolah), jangan pula salahkan kami yang bekerja di kaunter.

Tiba-tiba tidak pasal-pasal sijil ISO kami pula yang menjadi cemuhan dan umpat keji beliau. Tak ada kaitan langsung.