Welcome

Cuma sekadar luahan dari hati
Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Wednesday, February 10, 2010

Akaun Simpanan TH

Jika anda ingin membuka akaun simpanan TH, syarat-syaratnya ialah :
1) Islam, dan
2) Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap Malaysia

Apa yang anda perlukan untuk membuka akaun?
1) Mengisi Borang Maklumat Ahli, Borang Simpanan Permulaan dan Borang Penamaan
2) Kad Pengenalan MyKad, Passport Malaysia Antarabangsa atau MyPR bagi akaun dewasa, manakala Surat Beranak dan Kad Pengenalan Penjaga bagi akaun kanak-kanak berumur bawah 12 tahun
3) Wang Simpanan Permulaan (deposit) serendah RM 2.00 sahaja

Maklumat tambahan:

- Anda boleh membuka akaun di mana-mana cawangan TH atau cawangan BIMB seluruh Malaysia.

- Pendaftaran haji boleh dilakukan apabila simpanan di dalam akaun anda telah mencukupi RM 1,305.00. Perlu diingat, apabila pendaftaran dilakukan wang RM1,305 ini dibekukan dari akaun, jadi pengeluaran amaun RM 1,305 ini adalah tidak dibenarkan.

- Apabila anda telah membuka akaun, bukan bermakna anda telah mendaftar haji, jadi perlu maklumkan kepada pegawai di kaunter jika hendak mendaftar haji.

- Giliran untuk menunaikan haji ke Mekah adalah berdasarkan konsep "First Come First Serve" iaitu siapa mendaftar dahulu dia akan pergi dahulu dan BUKAN siapa dah cukup duit dulu dia boleh pergi dulu. Untuk mengelakkan kelewatan, sila mendaftar dengan lebih awal kerana tempoh menunggu sekarang telah mencecah 20 tahun.

Antara kelebihan-kelebihan menyimpan di TH :

1) Syiar Islam - melaksanakan Sistem Kewangan Islam.
2) Zakat - Zakat Perniagaan dibayar bagi pihak pendeposit. Wang yang disimpan ke dalam akaun TH akan digunakan oleh pihak TH untuk tujuan pelaburan (perniagaan). Jadi zakat yang perlu dibayar hanyalah zakat perniagaan dan dibayar secara pukal (lump sum) dan bukannya mengikut akaun individu.
3) Halal - Simpanan dilabur menepati tuntutan syarah (Syariah Compliance)
4) Bonus - Bonus yang kompetitif.
5) Pengecualian cukai - Bonus yang didapati daripada simpanan TH adalah dikecualikan dari cukai pendapatan.
6) Dijamin - Simpanan dijamin oleh kerajaan.
7) Kekerapan pengeluran - Wang boleh dikeluarkan dari akaun tanpa had kekerapan.

Saturday, January 30, 2010

* What a week

*Need to find 20 new prospects every month to become new member! @#$%^&* 20!!! where am i going to find that?

* and how am i going to do that? sigh~ it's like working in sales department where i have to achieve certain sales target. what have i got myself into????? soon i'll find my hair falling off faster than i can find that 20 prospects!

*Is it true about the rumours? Betul ke COLA akan ditarik balik? Damn! dahla gaji pun ciput

*Now i have a headache. I need to do medical checkup. I might have migrain. I've been having these headache for these past weeks.

*His Royal Highness Sultan of Johor passed away on the 22nd January 2010. May Allah Bless His Royal Highness Soul. Al-Fatihah. My mom + dad + sis + bro all went to Johor for the Tahlil but i didn't go because i've used my current annual leave. I was all alone at home :'( My mom might want to go for the 40th day of Tahlil later ( i don't know when). It's so hard if ur mom happens to be connected to the Johor Royal Family and have to attend if something like this happen. Its not that i don't like it, but i prefer to be low profile and stay unknown like normal people.

*KJTR might set up its own blog. I wonder if the management approve this. and who will have the authority over this blog? who will update the blog? I don't think it would be one of the supervisors, whould it? Owh maybe Nadia can. She took multimedia when she was studying. Ooooohh this is so exciting. Just have to wait and see.

*Because of this headache i can't go to Melaka for Eli's engagement :( sorry eli...i'll definitely come to your wedding. can't miss that.

Friday, December 11, 2009

B.O.

Pernah tak korang mengalami situasi di mana,
bau badan seseorang terlalu kuat
sehingga tak mampu ditanggung oleh hidung?

bekerja dengan public membuatkan aku selalu
menghadapi situasi seperti ini...
padahal org tu duduk bukannya dekat dgn aku pun
kat kaunter sebelah aku
tapi bau nya, Ya Allah menusuk kalbuku....
hanya  Tuhan saja yg tahu..

kalau customer aku macam tu
pasti aku dah buat kerja cepat2
supaya dia cepat blah beredar dari kaunter aku
tak tahan bau oooo....

pernah sekali tu selepas customer tu dah pergi pun
baunya masih lagi tertinggal dan
berlegar-legar dan memberikan aroma di hidung aku...
fuhhhh kembang kempis jgklah hidung...hehe...

Diorg ni tak pakai deodarant ke ha?
ataupun tak cabut bulu keti diorg (teringat pulak entri si neo psl buang bulu nih)
kalau byk sgt semak samun mmg leh mendtgkan bau ye..

so tuan-tuan puan-puan sekelian
silalah membuang bulu keti masing2
dan jgn lupa pkai ubat keti ye? (deodarant la tu)
kalau tak, kesian org2 sekeliling nak tahan bau badan anda...

p/s : invest in a good deo, it will do u good.
tak sempurna hidup jika keluar rumah tanpa sapu deodarant!


Wednesday, December 9, 2009

Memang tak boleh simpan rahsia!

Hari ni ada Latihan Kebakaran kat ofis...
Biasanya pegawai yg terlibat akan mendiamkan perkara ni...
bila mesyuarat diadakan...
semua wakil tingkat akan dipanggil...
tarikh sebenar adalah sulit...
bila dah dekat harinya...
barulah diberitahu...
tapi masalahnya...............

Belum apa-apa, ramai org yg dah siap2 tggu di bawah atau lobi...
semua berkumpul macam ada pesta apa je...
ni mesti ada org pecah rahsia...
siapa lagi kalau bukan wakil tingkat...
memang tak boleh harap...
tak boleh simpan rahsia...

p/s : Aku bernasib baik sebab berada di tingkat paling bawah sekali, tak perlu berebut turun tangga.
tapi, keberkesanan dan kejayaan Latihan Kebakaran ni tak bermakna,
kerana sudah pecah rahsia!

Monday, November 30, 2009

10 minit

Adakah menunggu selama 10 minit itu terlalu lama untuk berurusan di mana-mana kaunter perkhidmatan? Pada pendapat aku tidak. Tetapi lain pula yg bermain di fikiran seorang pendeposit TH. Menunggu selama 10 minit adalah terlalu LAMA bagi beliau untuk deposit wang ke akaun. Padahal pelbagai kemudahan lain telah pun disediakan seperti CDM, kaunter Bank I*lam, Bank Rak*at, Pejabat Pos, Bank S*mp*nan Na*io*al, internet banking dan lain-lain.

Dia sendiri yang tak mahu menggunakan kemudahan tersebut, dan terpaksa menunggu lama (kaunter ramai orang kerana cuti sekolah), jangan pula salahkan kami yang bekerja di kaunter.

Tiba-tiba tidak pasal-pasal sijil ISO kami pula yang menjadi cemuhan dan umpat keji beliau. Tak ada kaitan langsung.

Tuesday, October 20, 2009

MS ISO 9001:2000 KJTR

International Organization for Standardization = IOS

Tapi macam mana boleh jadi ISO lak ye? Pelik betul.

Inilah yang terpaksa aku & ofismate buat dalam minggu ni. Sepatutnya benda ni berterusan, tapi semenjak kitorang masuk keje, orang lama dah stop buat sebahagian perkara. So bila sampai kat kitorang, banyak benda yang bertangguh.

Nak menyusun balik dokumen-dokumen, buat checklist, senarai peralatan…. Pening pening… dengan ofis yang berterabur. Tak tahu kat mana nak mula.

But I will try to take one step a time. Tapi persoalannya, sempat ke sebelum Audit SIRIM datang? Hmmmm…….