Welcome

Cuma sekadar luahan dari hati

Wednesday, February 10, 2010

Akaun Simpanan TH

Jika anda ingin membuka akaun simpanan TH, syarat-syaratnya ialah :
1) Islam, dan
2) Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap Malaysia

Apa yang anda perlukan untuk membuka akaun?
1) Mengisi Borang Maklumat Ahli, Borang Simpanan Permulaan dan Borang Penamaan
2) Kad Pengenalan MyKad, Passport Malaysia Antarabangsa atau MyPR bagi akaun dewasa, manakala Surat Beranak dan Kad Pengenalan Penjaga bagi akaun kanak-kanak berumur bawah 12 tahun
3) Wang Simpanan Permulaan (deposit) serendah RM 2.00 sahaja

Maklumat tambahan:

- Anda boleh membuka akaun di mana-mana cawangan TH atau cawangan BIMB seluruh Malaysia.

- Pendaftaran haji boleh dilakukan apabila simpanan di dalam akaun anda telah mencukupi RM 1,305.00. Perlu diingat, apabila pendaftaran dilakukan wang RM1,305 ini dibekukan dari akaun, jadi pengeluaran amaun RM 1,305 ini adalah tidak dibenarkan.

- Apabila anda telah membuka akaun, bukan bermakna anda telah mendaftar haji, jadi perlu maklumkan kepada pegawai di kaunter jika hendak mendaftar haji.

- Giliran untuk menunaikan haji ke Mekah adalah berdasarkan konsep "First Come First Serve" iaitu siapa mendaftar dahulu dia akan pergi dahulu dan BUKAN siapa dah cukup duit dulu dia boleh pergi dulu. Untuk mengelakkan kelewatan, sila mendaftar dengan lebih awal kerana tempoh menunggu sekarang telah mencecah 20 tahun.

Antara kelebihan-kelebihan menyimpan di TH :

1) Syiar Islam - melaksanakan Sistem Kewangan Islam.
2) Zakat - Zakat Perniagaan dibayar bagi pihak pendeposit. Wang yang disimpan ke dalam akaun TH akan digunakan oleh pihak TH untuk tujuan pelaburan (perniagaan). Jadi zakat yang perlu dibayar hanyalah zakat perniagaan dan dibayar secara pukal (lump sum) dan bukannya mengikut akaun individu.
3) Halal - Simpanan dilabur menepati tuntutan syarah (Syariah Compliance)
4) Bonus - Bonus yang kompetitif.
5) Pengecualian cukai - Bonus yang didapati daripada simpanan TH adalah dikecualikan dari cukai pendapatan.
6) Dijamin - Simpanan dijamin oleh kerajaan.
7) Kekerapan pengeluran - Wang boleh dikeluarkan dari akaun tanpa had kekerapan.

1 comment:

Fairoz 'EiTO' Rasik said...

huhuh...
promote abeh ekk??
huhuh..
baguihh laaa...