Welcome

Cuma sekadar luahan dari hati

Tuesday, December 15, 2009

Terlalu malas untuk update!

 

Tolong…

malas nak update blog…

eh…bukan malas…

tapi takde benda yg nak di update kan…

hehehe…

owh…anyway…

what do think of

this blog’s new look?

credit to intan i’m able to have

3 columns blog…

hehe.. hapy sgt…

sebab intan dgn baik hatinye

nak tolong edit blog yg xseberapa nih :)

nak harap aku, mmg tak reti ler nak edit2 blog

maklumla newbie la katakan. hikhik ;P

p/s : kepada cik intan, sila bg address ye. nk anta ciskek! ;p

Friday, December 11, 2009

Testing – update from Windows Live Writer

Can you read this?

this is my first blog entry using windows live writer. wonder how this looks?

SDC11545

this is the view from Menara Taming Sari, Melaka :)

B.O.

Pernah tak korang mengalami situasi di mana,
bau badan seseorang terlalu kuat
sehingga tak mampu ditanggung oleh hidung?

bekerja dengan public membuatkan aku selalu
menghadapi situasi seperti ini...
padahal org tu duduk bukannya dekat dgn aku pun
kat kaunter sebelah aku
tapi bau nya, Ya Allah menusuk kalbuku....
hanya  Tuhan saja yg tahu..

kalau customer aku macam tu
pasti aku dah buat kerja cepat2
supaya dia cepat blah beredar dari kaunter aku
tak tahan bau oooo....

pernah sekali tu selepas customer tu dah pergi pun
baunya masih lagi tertinggal dan
berlegar-legar dan memberikan aroma di hidung aku...
fuhhhh kembang kempis jgklah hidung...hehe...

Diorg ni tak pakai deodarant ke ha?
ataupun tak cabut bulu keti diorg (teringat pulak entri si neo psl buang bulu nih)
kalau byk sgt semak samun mmg leh mendtgkan bau ye..

so tuan-tuan puan-puan sekelian
silalah membuang bulu keti masing2
dan jgn lupa pkai ubat keti ye? (deodarant la tu)
kalau tak, kesian org2 sekeliling nak tahan bau badan anda...

p/s : invest in a good deo, it will do u good.
tak sempurna hidup jika keluar rumah tanpa sapu deodarant!


Wednesday, December 9, 2009

Memang tak boleh simpan rahsia!

Hari ni ada Latihan Kebakaran kat ofis...
Biasanya pegawai yg terlibat akan mendiamkan perkara ni...
bila mesyuarat diadakan...
semua wakil tingkat akan dipanggil...
tarikh sebenar adalah sulit...
bila dah dekat harinya...
barulah diberitahu...
tapi masalahnya...............

Belum apa-apa, ramai org yg dah siap2 tggu di bawah atau lobi...
semua berkumpul macam ada pesta apa je...
ni mesti ada org pecah rahsia...
siapa lagi kalau bukan wakil tingkat...
memang tak boleh harap...
tak boleh simpan rahsia...

p/s : Aku bernasib baik sebab berada di tingkat paling bawah sekali, tak perlu berebut turun tangga.
tapi, keberkesanan dan kejayaan Latihan Kebakaran ni tak bermakna,
kerana sudah pecah rahsia!

Tuesday, December 8, 2009

Macam mana nak turunkan berat badan?

Ada sapa-sapa boleh tolong aku?

AKU TENGAH CUBA NAK TURUNKAN BERAT BADAN...
TETAPI TERNYATA SUSAH...
KERANA BEGITU BANYAK DUGAAN...
GODAAN MAKANAN YANG LAZAT & SEDAP...
TAK MAMPU AKU TOLAK...
BILA DAH SENDAWA, BARU TIMBUL RASA MENYESAL...

MACAM MANA NI?

p/s : Dengan berat xx KG aku sekarang tak sesuai dengan ketinggianku yg cuma 157cm.
BMI pun dah melampau lebihnya.

Mengapa lelaki suka make-up keta?


Mengapakah aku rasa macam tak best je...
Perasaan malas yg teramat sangat telah melanda...
Menghantui setiap benak fikiranku...
juga sendi-sendi dan tubuhku...
ooohhh...malasnye...

mungkin aku tahu jawapannya...
iya..tidak syak lagi...
aku kini disahkan menghidapi sindrom ------

TUESDAY BLUES

p/s: ini adalah sejenis sindrom di mana apabila seseorang itu telah pergi bercuti selama 2 hari pada hari sabtu dan ahad, kemudian mengambil 1 hari cuti dari kerja, dan dia terus merasakan sungguh malas utk pergi kerja keesokan harinya iaitu pada hari Selasa.

p/s: anda juga mungkin dapat lihat entry ini tiada kaitan dengan tajuknya. haha jgn mudah terpedaya ;P


Monday, December 7, 2009

Syok Sendiri

Aku tahu, mungkin tak akan ada orang yg akan baca blog aku ni tapi aku masih nak merepek jugak kat sini. biarlah kalau aku ni nampak macam syok sendiri pulak.

Kalau tak ada orang baca, biar aku sendiri je yg baca balik apa yg aku tulis. hohoho.... Memang le syok sendiri! :P

AKU YANG SUKA MEREPEK

DAH, TU JE NAK TULIS. HUHU ;p

Sunday, December 6, 2009

Trip to Melaka

Sabtu, 5 Disember 2009


• 8 pagi bangun, kemas beg (baru nak kemas beg???), breakfast, bersiap.

• 10.30 pagi keta sampai (naik keta kawan adik) dan bertolak. (Minyak RM20 + Tol RM 16.50)

• 12.30 pm sampai di Bandar Melaka. Wahhh lamanya tak datang sini. Banyak yg dah berubah. Contohnya sekarang dah ada Dataran Pahlawan, shopping kompleks yg dpt menyaingi Mahkota Parade. Kalau tak, dulu Mahkota Parade je yg ada. Pergi makan tghari dkt2 dgn Dataran Pahlawan tu ada gerai-gerai makanan Melayu. Pastu jalan2 kat dalam Dataran Pahlawan tu kat shopping mall dia. (Aiskrim Choco Top McD RM1.60)


• 3pm. Check-in time! Masuk ke bilik yg telah ditempah lebih awal. Ramai betul org kat Hotel Mahkota Melaka ni. Kebanyakkannya pelancong dari China dan Singapura. Rehat2 dulu kat bilik, lepak, solat, mandi pastu bersiap. Sekarang masa utk pergi berjalan-jalan ye. (Bilik RM216)


• 5.30pm Destinasi pertama kita ke mana dulu ye? Owh, memula kita pegi ke Kapal Samudera, kapal laut besar yg berada di tengah-tengah Bandar Melaka tu. Kapal ni memang besar dan sebijik macam kapal yg sebenar kerana kapal ni sebenarnya adalah replika kapal sebenar yg pernah digunakan semasa zaman pemerintahan Melaka dulu. Nak naik atas kapal kena panjat banyak tangga. Tinggi pulak tu, gayat oooo…. Dalam kapal ni byk muzium je sbnarnya, pameran tentang sejarah dahulu kala, sejarah pembinaan kapal, pemerintahan kerajaan Melaka dan sejarah penjajahan kuasa asing ke atas Melaka. Jalan sikit, gambar. Jalan sana klik! Sini klik! Tak abes2 huhu….(Tiket masuk RM 3)


• 7.05pm. time ni dah ala-ala lapar dah. Lepak kat tepi sungai Melaka tu ada byk gerai2 jualan. Makan jagung + kuih yg mcm dorayaki tu (makanan yg doraemon suka mkn tu :) ). (jagung+dorayaki+air soya = RM 7.60)


• 7.30pm Shopping time kat Bazar! Beli segala jenis makanan rapu. Kerepek. Igt nk beli tshirt, tp fikir esok je lah kot. Pipah beli selipar sebab kaki dia dah sakit sebab lupa bwk kasut flat. (Makanan rapu RM10)
• 8.15pm Meneruskan perjalanan ke Jonker Walk. Tempat yg femes kat Bandar Melaka ni. Dia mcm Petaling Street la kalau kat KL. Mmg hampir 99.99% peniaga di sini adalah berbangsa Cina. Tak beli apa pun. Cuma pipah ada beli patung robot yg dibuat dari wayar dia pintal2. Ape benda tah, mcm “wire art” la konon. Robot Transformers. (tipu. Sebenarnya ada beli blusher M.A.C. cetak rompak RM17. Hehehe)


• 8.55pm Serius perut sudah lapar nih. Pegi makan kat Quayside seafood. Service gila slow. Meja tak bersihkan. Tunggu dekat 20 minit takde org dtg hamik order. Tension~~~ @_@,,,,,,,, Makan lauk sotong ngan udang sebab ikan semua sudah habess maaaa… ( Dinner for 3 person RM 60.40)


• 10.15pm Bergerak balik ke bilik hotel. Time ni mcm dah berada di awang-awangan sebab mata cuma nmpk bantal je, penat bangat. Sebabnya percaya atau tak, kitorang berjalan kaki je dari tadi sebab kat situ takleh nak bwk keta sebab parking TERSANGAT nye lah penuh. Keta byk gila kat Melaka ni. Pelik tapi benar.


• 11.30pm Krrrroohhhh…ZZZZzzzzzZzZzZzZzZzZz……….

Ahad, 6 Disember 2009

• 7.00am Wake up! Bersiap untuk sarapan pagi di cafĂ© hotel. Kena extra charge sebab kupon breakfast utk 2 org je. (RM32.50)


• 8.30am Balik bilik, lepak jap. Siap2, kemas beg terus, kul 10.30am checkout.


• 10.55am Tiba di Menara Taming Sari. Naik Menara ni. Bila naik, dia berpusing-pusing dan naik ke atas menara tu. Leh tgk pemandangan seluruh Bandar Melaka. Not bad idea buat menara Taming Sari ni. Takde lagi kat tempat lain dalam Malaysia ni. (Tiket RM10)


• Lepas ni pegi Eye On Malaysia pulak. Serius susah nak cri jalan gi sana. Nampak dekat je Eye on Malaysia tu, tapi taktau mcm mane jalan nak ke sana. Terima Kasih kepada pegawai di pusat penerangan pelancongan, Tourism Malaysia.. Cuti-cuti 1Malaysia (promote sikit. Chewah. Pegawai tu jugak yg tolong kitorang cari Jonker Walk mlm sebelumnya tu. Tima kasih kak!) (Tiket Eye On Malaysia RM 10)


• 12pm Pegi bangunan Stadhuys (bangunan kaler merah tu yg byk beca berkumpul tu). Amik gambar je situ. RAMAI SGT ORG! enough said.


• 2++pm Lalu katg depan Muzium Kecantikan. Apa lagi singgahla. Tunjuk pasal apa yg org sanggup buat utk nmpk cantik, kononnya. Pakai korset ketat, kasut kecik, tindik sana sini. Sungguh pelik. (Tiket RM2)


• 3pm Sudah penat. Bertolak balik. Solat dan makan di RNR Air Keroh. (RM8.50)


• 7.40pm Tiba di Ampang dengan cuaca yg hujan renyai-renyai. Tol Sungai Besi dan MRR2 sangat jem. Penat ~~~~~


Itu saja update kali ni (panjang gila). Sudah penat dan mengantuk ni. Mau tidurlah. Goodnight!


Friday, December 4, 2009

Teater Natrah (01 Disember 2009, Istana Budaya)

Kenangan berpegangan bersalaman tangan dengan Mansor Adabi @ Adam Hassan @ Remy Ishak tak akan dilupakan sampai bila-bila. Jadi angau sekejap sampai tak dengar apa yang dia cakap kat aku. huhuhu :P

Pada hari Selasa yang lepas, aku bersama dua orang lagi rakan 1 ofis gi tengok pementasan teater Natrah di Istana Budaya (IB). Ingatkan tak ramai yang minat nak tgk teater ni. Tau2 nye tiket pun dah sold out. Nasib baik aku dah tempah awal2, kalau tak melepas la.

Boleh pulak terserempak dengan rakan sekolah aku dulu kat IB tu sekali dgn mak & adik dia.

Persembahan ni not bad. Almaklum kebanyakan nama-nama besar yg berlakon teater ni. Sofia Jane, Umie Aida, Maya Karin, Remy Ishak (buat hatiku secair aisss.... heh :D) dan diarahkan ole Eirma Fatima. Berbaloi aku decide nak tgk teater ni.

Aku mula minat dgn teater sejak masa first time aku tolong kawan aku masa dia kena buat show teater masa kat U dulu. Kerja belakang tabir je. Tapi nampak macam menarik je, terus aku minat nak tgk kalau ada persembahan teater kat mana-mana. Terutamanya yang musical.

So sapa-sapa yang minat tgk teater gak, kalau takde member, leh kontek aku. Mana tahu leh gi tgk show sesama ke. Ok chow!