Welcome

Cuma sekadar luahan dari hati

Sunday, December 6, 2009

Trip to Melaka

Sabtu, 5 Disember 2009


• 8 pagi bangun, kemas beg (baru nak kemas beg???), breakfast, bersiap.

• 10.30 pagi keta sampai (naik keta kawan adik) dan bertolak. (Minyak RM20 + Tol RM 16.50)

• 12.30 pm sampai di Bandar Melaka. Wahhh lamanya tak datang sini. Banyak yg dah berubah. Contohnya sekarang dah ada Dataran Pahlawan, shopping kompleks yg dpt menyaingi Mahkota Parade. Kalau tak, dulu Mahkota Parade je yg ada. Pergi makan tghari dkt2 dgn Dataran Pahlawan tu ada gerai-gerai makanan Melayu. Pastu jalan2 kat dalam Dataran Pahlawan tu kat shopping mall dia. (Aiskrim Choco Top McD RM1.60)


• 3pm. Check-in time! Masuk ke bilik yg telah ditempah lebih awal. Ramai betul org kat Hotel Mahkota Melaka ni. Kebanyakkannya pelancong dari China dan Singapura. Rehat2 dulu kat bilik, lepak, solat, mandi pastu bersiap. Sekarang masa utk pergi berjalan-jalan ye. (Bilik RM216)


• 5.30pm Destinasi pertama kita ke mana dulu ye? Owh, memula kita pegi ke Kapal Samudera, kapal laut besar yg berada di tengah-tengah Bandar Melaka tu. Kapal ni memang besar dan sebijik macam kapal yg sebenar kerana kapal ni sebenarnya adalah replika kapal sebenar yg pernah digunakan semasa zaman pemerintahan Melaka dulu. Nak naik atas kapal kena panjat banyak tangga. Tinggi pulak tu, gayat oooo…. Dalam kapal ni byk muzium je sbnarnya, pameran tentang sejarah dahulu kala, sejarah pembinaan kapal, pemerintahan kerajaan Melaka dan sejarah penjajahan kuasa asing ke atas Melaka. Jalan sikit, gambar. Jalan sana klik! Sini klik! Tak abes2 huhu….(Tiket masuk RM 3)


• 7.05pm. time ni dah ala-ala lapar dah. Lepak kat tepi sungai Melaka tu ada byk gerai2 jualan. Makan jagung + kuih yg mcm dorayaki tu (makanan yg doraemon suka mkn tu :) ). (jagung+dorayaki+air soya = RM 7.60)


• 7.30pm Shopping time kat Bazar! Beli segala jenis makanan rapu. Kerepek. Igt nk beli tshirt, tp fikir esok je lah kot. Pipah beli selipar sebab kaki dia dah sakit sebab lupa bwk kasut flat. (Makanan rapu RM10)
• 8.15pm Meneruskan perjalanan ke Jonker Walk. Tempat yg femes kat Bandar Melaka ni. Dia mcm Petaling Street la kalau kat KL. Mmg hampir 99.99% peniaga di sini adalah berbangsa Cina. Tak beli apa pun. Cuma pipah ada beli patung robot yg dibuat dari wayar dia pintal2. Ape benda tah, mcm “wire art” la konon. Robot Transformers. (tipu. Sebenarnya ada beli blusher M.A.C. cetak rompak RM17. Hehehe)


• 8.55pm Serius perut sudah lapar nih. Pegi makan kat Quayside seafood. Service gila slow. Meja tak bersihkan. Tunggu dekat 20 minit takde org dtg hamik order. Tension~~~ @_@,,,,,,,, Makan lauk sotong ngan udang sebab ikan semua sudah habess maaaa… ( Dinner for 3 person RM 60.40)


• 10.15pm Bergerak balik ke bilik hotel. Time ni mcm dah berada di awang-awangan sebab mata cuma nmpk bantal je, penat bangat. Sebabnya percaya atau tak, kitorang berjalan kaki je dari tadi sebab kat situ takleh nak bwk keta sebab parking TERSANGAT nye lah penuh. Keta byk gila kat Melaka ni. Pelik tapi benar.


• 11.30pm Krrrroohhhh…ZZZZzzzzzZzZzZzZzZzZz……….

Ahad, 6 Disember 2009

• 7.00am Wake up! Bersiap untuk sarapan pagi di café hotel. Kena extra charge sebab kupon breakfast utk 2 org je. (RM32.50)


• 8.30am Balik bilik, lepak jap. Siap2, kemas beg terus, kul 10.30am checkout.


• 10.55am Tiba di Menara Taming Sari. Naik Menara ni. Bila naik, dia berpusing-pusing dan naik ke atas menara tu. Leh tgk pemandangan seluruh Bandar Melaka. Not bad idea buat menara Taming Sari ni. Takde lagi kat tempat lain dalam Malaysia ni. (Tiket RM10)


• Lepas ni pegi Eye On Malaysia pulak. Serius susah nak cri jalan gi sana. Nampak dekat je Eye on Malaysia tu, tapi taktau mcm mane jalan nak ke sana. Terima Kasih kepada pegawai di pusat penerangan pelancongan, Tourism Malaysia.. Cuti-cuti 1Malaysia (promote sikit. Chewah. Pegawai tu jugak yg tolong kitorang cari Jonker Walk mlm sebelumnya tu. Tima kasih kak!) (Tiket Eye On Malaysia RM 10)


• 12pm Pegi bangunan Stadhuys (bangunan kaler merah tu yg byk beca berkumpul tu). Amik gambar je situ. RAMAI SGT ORG! enough said.


• 2++pm Lalu katg depan Muzium Kecantikan. Apa lagi singgahla. Tunjuk pasal apa yg org sanggup buat utk nmpk cantik, kononnya. Pakai korset ketat, kasut kecik, tindik sana sini. Sungguh pelik. (Tiket RM2)


• 3pm Sudah penat. Bertolak balik. Solat dan makan di RNR Air Keroh. (RM8.50)


• 7.40pm Tiba di Ampang dengan cuaca yg hujan renyai-renyai. Tol Sungai Besi dan MRR2 sangat jem. Penat ~~~~~


Itu saja update kali ni (panjang gila). Sudah penat dan mengantuk ni. Mau tidurlah. Goodnight!


1 comment:

arin_male said...

interesting.t'rase nk pegi la