Welcome

Cuma sekadar luahan dari hati

Friday, December 4, 2009

Teater Natrah (01 Disember 2009, Istana Budaya)

Kenangan berpegangan bersalaman tangan dengan Mansor Adabi @ Adam Hassan @ Remy Ishak tak akan dilupakan sampai bila-bila. Jadi angau sekejap sampai tak dengar apa yang dia cakap kat aku. huhuhu :P

Pada hari Selasa yang lepas, aku bersama dua orang lagi rakan 1 ofis gi tengok pementasan teater Natrah di Istana Budaya (IB). Ingatkan tak ramai yang minat nak tgk teater ni. Tau2 nye tiket pun dah sold out. Nasib baik aku dah tempah awal2, kalau tak melepas la.

Boleh pulak terserempak dengan rakan sekolah aku dulu kat IB tu sekali dgn mak & adik dia.

Persembahan ni not bad. Almaklum kebanyakan nama-nama besar yg berlakon teater ni. Sofia Jane, Umie Aida, Maya Karin, Remy Ishak (buat hatiku secair aisss.... heh :D) dan diarahkan ole Eirma Fatima. Berbaloi aku decide nak tgk teater ni.

Aku mula minat dgn teater sejak masa first time aku tolong kawan aku masa dia kena buat show teater masa kat U dulu. Kerja belakang tabir je. Tapi nampak macam menarik je, terus aku minat nak tgk kalau ada persembahan teater kat mana-mana. Terutamanya yang musical.

So sapa-sapa yang minat tgk teater gak, kalau takde member, leh kontek aku. Mana tahu leh gi tgk show sesama ke. Ok chow!

No comments: