Welcome

Cuma sekadar luahan dari hati

Thursday, August 27, 2009

KJTR Part II

“Salam, di bulan yang mulia ini, saya ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya yang membuatkan **a marah dengan saya. Saya malu dengan apa yang terjadi. Insyallah lepas ni saya takkan ganggu awak lagi, saya sedar siapa saya, I’m sorry, ok!”

Setelah beberapa lama, barulah dia nak sedar apa yang dia dah buat selama ni tu salah. Aku dah tak balas langsung apa-apa saja sms yang dia hantar pada aku dan aku buat tak layan saja bila di pejabat. Mungkin melihatkan aku tiada respon, dia pun ‘fedup’ dan terfikir nak hantar sms meminta maaf tu.

Syukurlah kalau dia dah sedar. Aku tak tahu lagi nak buat macam mana kalau keadaan masih berlarutan dan aku tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerja hanya kerana terdapat gangguan2 seperti itu. Semoga dia betul-betul maksudkan apa yang dia sms tu.

Wednesday, August 26, 2009

Happy Birthday

Hari lahir seseorang. Tak boleh buat seperti kebiasaannya iaitu dinner. Tetapi kali ini digantikan dengan acara berbuka puasa.

Walau apapun, Selamat Hari Lahir buat "seseorang" tu. Selamat Ulangtahun yang ke-28. Dah tua dah rupanya...Hehehehe......

Monday, August 24, 2009

KJTR

Hari ini merupakan hari pertama berpuasa pada hari bekerja. Aku menjangkakan pelanggan akan ramai hari ini, tetapi yang sebaliknya terjadi. Banyak kali juga aku dan rakan-rakan yang lain menguap sambil menunggu pelanggan datang. Hehehe buruk betul perangai menguap di depan kaunter. Nasib baik “supervisor” tak nampak.

Ada perkara yang bermain di fikiran aku sekarang. Salah satunya kedaan aku di pejabat. Beberapa minggu yang lalu aku telah mendapat sms yang bukan2 daripada seseorang di pejabat. Isi kandungan sms itu tak dapatlah aku nak ceritakan di sini. Biarlah rahsia…. Tapi cukuplah kalau aku cakap mesej macam tu boleh buat sesiapa saja akan hilang tumpuan terhadap kerja.

Biar aku tegaskan di sini, jika keadaan masih terkawal mungkin tidak mengapa. Tapi sekarang keadaan seperti sudah jadi lain. Bila duduk beramai-ramai, hanya aku seorang saja yang ditegurnya sedangkan ramai lagi yang lain yang berada di situ. Aku jadi pelik dan hairan. Geli pun ada…Eeeeee…. Tak sedar diri sudah beristeri dan umur pula seperti dah layak jadi ayah aku kottt???

Tetapi aku tak dapat nafikan, bila terjadi sesuatu kepada aku dia akan selalu “backing” aku. Kemudian semasa aku hendak memohon cuti raya, orang lain semua perlu di’cantas’ cuti mereka tetapi tidak aku. Dari satu segi aku merasakan seperti aku telah menyalahgunakan keadaan ini. Tapi bukan aku yang minta benda ni terjadi. Adakah aku hipokrit?

Buat masa sekarang ni aku cuma perlu bertahan dan buat tak tahu saja jika ada yang pelik2. Nasib baik sekarang ni dia dah tak ada lagi sms kepada aku. Sejak dia dimasukkan ke hospital selama seminggu akibat denggi minggu lalu, dia sudah tidak lagi menghantar sms yang merapu kecuali ucapan selamat berpuasa pada 1 Ramadhan lepas.

Walau apa sekalipun, aku perlu berhati-hati.

Friday, August 21, 2009

Something sweet~~~

Seorang lelaki datang ke kaunter aku setelah nombornya dipanggil. Setelah menjawab salam yang aku beri, dia tersenyum manis sambil memandang aku seperti orang yang sudah kenal aku atau berjumpa dengan aku sebelum ni.

Aku tak nafikan sebelum ni pun memang dia pernah berurusan di kaunter aku, kerana mukanya memang “familiar”. Mukanya agak “cute” dan boleh tahan (pada pandangan mata aku la). Ketika kusyuk menaip maklumatnya di skrin komputer, aku merasakan seperti diperhatikan dan terus memandang ke arahnya.

Seperti yang aku jangka dia memang sedang merenung ke arah aku, dan mungkin kerana terkejut dia tersenyum malu lantas memalingkan muka ke arah lain dengan baki senyuman masih lagi di bibir. Aku jadi pelik, dan tersenyum sendirian.

“Sarung tangan hitam tu beli di mana?” tiba-tiba dia bertanya.

“Haaa..? apa dia? Sarung tangan?” aku menjawab semula kerana tidak faham dengan soalan. Aku jadi bengong sekejap sedangkan aku memang sedang memakai sarung tangan hitam di tangan kanan bertujuan untuk mengambil cap jari pelanggan lelaki.

“Apa…? Ooohhh… sarung tangan ni? Emm pejabat yang provide sarung tangan ni. Saya pun tak tahu diorang beli kat mana” jawab aku separuh kelam kabut. Ishhh…kenapa aku jadi kelam kabut pulak ni? Aku jadi macam tak keruan je. Hehe. Aku memang suka tengok muka dia mungkin sebab muka dia yang “sweet” agaknya. Aku terasa seperti dia sengaja cari soalan untuk berbual-bual dengan aku.

Sepanjang urusniaga itu deria keenam aku (“sixth sense” la pulak…) masih dapat rasa matanya yang memerhatikan aku. Setelah selesai, aku menyerahkan semua dokumen kepadanya sambil mengucapkan terima kasih dan salam. Dia mengucapkan terima kasih kembali dan mula bangun.

Sebelum beredar dari kaunter, dia berpaling dan mengucapkan terima kasih SEKALI LAGI sambil tersenyum amat manis….(huhu ke aku je yang perasan ni?). Waahhhh..cair aku dibuatnya…

Bila aku semak semula maklumat diri dia, rupanya dia muda setahun dari aku. Haha “cancel” lah. Aku tak berminat dengan lelaki lebih muda. Lelaki yang datang berurusan di kaunter hanyalah sebagai “eye candy” pada aku. Tengok boleh, usik jangan. Huhu…..

Monday, August 17, 2009

Aku kadang-kadang tak faham sikap orang Malaysia ni, terutama di jalan raya. Sebelum aku mula dengan keadaan di jalanraya, kita mula dari benda yang asas2 dulu ye. Contoh nya:
1) Lif yang dah penuh. Kadang-kadang dah berbunyi "buzzer" menunjukkan overload sudah....tapi orang terakhir yang berada betul2 di depan pintu lif tu buat muka "bodo" je macam tak dengar bunyi tu. Dah penuh, tak reti2 nak keluar ke? *Sigh* Lif tu bukan boleh gerak pun kalau terlebih muatan. Dia dah buatkan semua orang lewat .
2) Beratur giliran untuk beli tiket wayang/bayar kat cashier/naik bas RapidKL/naik LRT/ atau apa saja yang memerlukan barisan beratur. Seorang kawan aku pernah cerita pasal Makcik Potong. Makcik glamer ni dapat gelaran tu sebab setiap pagi hendak ke tempat kerja, walaupun barisan untuk naik bas tu dah panjang berjela (takkan tak nampak kot barisan punya la panjang...!), dia dengan muka selambanya terus je jalan sehingga ke barisan yang hadapan sekali. Budak2 yang kena potong ramai yang tak berani nak tegur makcik tu sebab mulut dia punya lah laser & jahat! Tapi suatu hari tu tersebutlah kisah nasib malang Makcik Potong tu apabila dia diarahkan untuk pergi ke barisan yang huuuuujjjjuuuunggg sekali oleh seorang Pemandu bas yang boleh disifatkan sebagai Buku Bertemu Ruas dengan Makcik Potong tu...Hahahahaha.... Membebel lah makcik tu sorang2 kat belakang barisan tu sebab tak puas hati. Aku pernah juga mengalami peristiwa yang leih kurang serupa di pejabat pos. Barisan panjang tapi ada seorang ni terus je pegi kat kaunter. " Cik, sila beratur ye. Tak nampak tu barisan panjang". Muahahahahaha puas hati aku!
3) Makanan / barang percuma. Selagi ada barang percuma, selagi tu ambik & angkutlah kesemuanya. Walaupun kadang-kadang barang tu tak perlu pun. Beli satu percuma satu. Beli barang semata-mata nak dapatkan barang percuma padahal harga barang percuma tu dah termasuk dalam harga barang yang dibayar. Kalau percuma, kenapa kena bayar pula? Bagi je la terus hadiah percuma. Kalau acara makan2 tak usah cakaplah. Jadi rambang mata bila nampak makanan yang banyak di acara buffet. Buat sampai berapa kali trip entah dari meja buffet ke meja makan. Makanan dalam pinggan tak abis lagi, dah bangun pegi ambil lagi. "All you can eat" disalah ertikan dengan "All you can take and carry in you plate".
Lagi satu tabiat orang Malaysia yang aku tak faham melibatkan keadaan di jalanraya. Macam dia sorang saja nak cepat sampai ke destinasi. Potong memotong barisan, nak tukar lorong tak bagi signal. Main redah je. Bila dia kena macam tu, hon bukan main panjang. Tak ramai yang pemandu berhemah boleh bagi laluan kepada kereta lain apabila hendak keluar simpang yang sibuk. Kebanyakan mengharap orang lain akan beri laluan kepadanya, tapi bila apabila situasi itu diterbalikkan, dia sendiri taknak bagi laluan kepada orang lain. Apabila berlaku kemalangan di satu laluan, kesesakan berlaku sehingga melibatkan laluan yang bertentangan. Semua nak jadi pemerhati, perlahankan kenderaan sebab nak tengok kemalangan tu. Jalan jadi sesak sebab semua nak jadi pemandu yang "prihatin".
p/s: Semua yang ditulis ni hanyalah dari pengalaman dan peristiwa-peristiwa yang pernah aku lalui. Jika ia terkena batang hidung sesiapa, maafkan aku.

Sunday, August 16, 2009

Orang baru

Suatu hari bapa Halina dan Kistina memanggil kedua-dua anaknya untuk berbincang sesuatu.

“Ada sesuatu yang ayah ingin beritahu kamu berdua”.

“Apa dia, ayah?” Tanya Halina.

“Sebelum ayah beritahu, ayah ingin bertanya. Berapa umur Halina sekarang?”

“Tahun ini Halina sudah 24 tahun, ayah. Kenapa?” Tanya Halina semula dengan hairan.

“Tarikh lahir Halina pula?” Tanya ayahnya semula.

“2* April 198*” Halina masih lagi mampu menjawab pertanyaan ayahnya walaupun hati semakin diasak pelbagai persoalan mengapa ayahnya tiba-tiba bertanyakan umurnya.

Kistina yang dari tadi hanya mendengar juga menjadi hairan dan tertanya-tanya apakah yang cuba disampaikan oleh ayah mereka.

“Ayah bertanyakan soalan ini ada sebabnya. Semalam ada seorang perempuan menghubungi ayah dan mengaku ayah ini sebagai ayahnya. Tetapi perkara ini masih belum pasti. Ayah akan menyiasat dahulu kebenarannya”. Terang ayah mereka.

Halina dan Kistina berpandangan sesama sendiri. Kistina, yang juga kakak kepada Halina, cuba bertanyakan sesuatu kepada ayahnya tetapi lidahnya terasa kelu. Pelbagai persoalan ingin ditanyakan tetapi tidak tahu di mana harus dimulakan.

Bersambung……

Lazy Sunday....

Baru tengahari, dah rasa mengantuk....huarghhhh.....

tak de gi mana pun arini...just lepak2 kat umah.....

Dua ekor anak kucing aku nih nampak macam sakit je, kurus rasa tulang je badan dia...tak cukup susu mak diorang kot.

Sekarang (sejak akhir2 nih) kucing kat umah aku ni asal beranak je mesti mati. Dalam 6 atau 5 ekor yang lahir, yang survive cuma sekor je..pastu sekor-sekor mata berair, macam kena penyakit mata. aku pun tak tau kenapa.

Tanah kat depan umah aku tu dah jadi tapak tanah perkuburan anak-anak kucing dah. Sampai aku pun dah tak ingat satu - satu kubur tu kucing yang mana satu.

Ayah aku siap letak kayu penanda lagi bila dah kebumikan (ceh mcm manusia lak, kebumi).

Dulu2 aku selalu nangis kalau kucing aku mati. Tapi sekarang ni macam dah lali je. Aku cuba untuk tak terlalu attach atau terlampau sayang sangat kepada mana-mana kucing aku. Nanti mati, menangis tak ingat sampai tak lalu makan.
Kelakar kan?

Saturday, August 15, 2009

Weekend Outing

My sister got two free tickets to watch any movies at any GSC cinemas nationwide... so today we went to Pavilion.

She decided to watch The Proposal and we arrived at Pavilion around 12 pm. Thank goodness the queue was not long.

Bought some popcorn and hotdog. After the movie we went to buy some J.CO donuts...MMMMMMmmmmmmmm.... Yummy...!!! I think my favourite flavour is the one with the melted cheese on top...Hehehe...

Head back home and played Travian :)

Friday, August 14, 2009

Semalam aku hangin betul!!!!!!

Aku lunch break lambat skit sebab kene ikut turn. biasa la kalau dah kerja kat front line ni kena ikut shift kalau nak rehat.

kul 2 gi la foodcourt nak order makan. kat 1 gerai ni aku tengok ramai orang jadi malaslah nak tunggu situ walaupun aku memang selalu order kat gerai tu. pegi gerai lain, nak nasi campur. akak tu leh jawab, "nasi habis dik... tengah masak"....okay fine. aku patah balik gerai pertama tadi.

orang ramai pun peduli hapa aku, order jugak. "kak, nasi goreng kampung telur mata satu makan kak!"aku gi duduk dulu.

10 minit lepas tu datang usha nasik aku dah siap ke belum... tengok2 belum lagi. gi duduk lagi.

10 minit lagi datang tanya lagi... "belum siap lagi la dik" sambil aku dengar sorang mamat ni order kuay teaw sup. aku gi balik kat tempat duduk aku.

lagi 10 minit lepas tu (10 + 10 + 10 = 30 minit!!!! takkan nasik goreng kampung aku tak siap lagi kotttt??? baru nak gi menjala ikan bilis kat laut ke hapa?) pergi la tanya lagi untuk kali yang ketiga (hati dah panas dah ni)... "tak siap lagi ke kak?" "kejap dik, one minute je" jawab akak tu sambil ambik bayaran daripada mamat yang order kuey teaw sup tadi...

????????? ape ni??????? apakah???????? kenapakah?????????? dia order selepas aku tapi order dia dah siap dulu............???????????????? aku tengok akak tu baru nak mula goreng atau buat order aku... what the ****????

dengan panas hatinya aku pegi semula ke gerai kedua yang nasi habis tengah masak nasi tadi...agak2 nasi dah masak kot... "nasi baru je habis dik..."
@##$^&***&^%%$$##@#!!!!!!!!!????????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aku musykil kenapa dia masak nasi sikit sangat????

daripada lapar terus jadi tak lapar. pulang semula ke ofis dengan perut yang berkeroncong. biar je order tadi tu nasib la sapa yang dapat. tak pasal2 aku makan roti je tengahari tu.

Wednesday, August 12, 2009

First entry

Pernah tulis jurnal/diary suatu masa dulu...zaman sekolah & uni...

bila dah keje tak sempat nak tulis apa-apa. skang baru nak mula balik.

org lain dah berlambak tulis blog, aku baru sibuk nak mula.

but, anyway, something must begin somewhere.

so here goes...my very first blog entry...