Welcome

Cuma sekadar luahan dari hati

Monday, August 17, 2009

Aku kadang-kadang tak faham sikap orang Malaysia ni, terutama di jalan raya. Sebelum aku mula dengan keadaan di jalanraya, kita mula dari benda yang asas2 dulu ye. Contoh nya:
1) Lif yang dah penuh. Kadang-kadang dah berbunyi "buzzer" menunjukkan overload sudah....tapi orang terakhir yang berada betul2 di depan pintu lif tu buat muka "bodo" je macam tak dengar bunyi tu. Dah penuh, tak reti2 nak keluar ke? *Sigh* Lif tu bukan boleh gerak pun kalau terlebih muatan. Dia dah buatkan semua orang lewat .
2) Beratur giliran untuk beli tiket wayang/bayar kat cashier/naik bas RapidKL/naik LRT/ atau apa saja yang memerlukan barisan beratur. Seorang kawan aku pernah cerita pasal Makcik Potong. Makcik glamer ni dapat gelaran tu sebab setiap pagi hendak ke tempat kerja, walaupun barisan untuk naik bas tu dah panjang berjela (takkan tak nampak kot barisan punya la panjang...!), dia dengan muka selambanya terus je jalan sehingga ke barisan yang hadapan sekali. Budak2 yang kena potong ramai yang tak berani nak tegur makcik tu sebab mulut dia punya lah laser & jahat! Tapi suatu hari tu tersebutlah kisah nasib malang Makcik Potong tu apabila dia diarahkan untuk pergi ke barisan yang huuuuujjjjuuuunggg sekali oleh seorang Pemandu bas yang boleh disifatkan sebagai Buku Bertemu Ruas dengan Makcik Potong tu...Hahahahaha.... Membebel lah makcik tu sorang2 kat belakang barisan tu sebab tak puas hati. Aku pernah juga mengalami peristiwa yang leih kurang serupa di pejabat pos. Barisan panjang tapi ada seorang ni terus je pegi kat kaunter. " Cik, sila beratur ye. Tak nampak tu barisan panjang". Muahahahahaha puas hati aku!
3) Makanan / barang percuma. Selagi ada barang percuma, selagi tu ambik & angkutlah kesemuanya. Walaupun kadang-kadang barang tu tak perlu pun. Beli satu percuma satu. Beli barang semata-mata nak dapatkan barang percuma padahal harga barang percuma tu dah termasuk dalam harga barang yang dibayar. Kalau percuma, kenapa kena bayar pula? Bagi je la terus hadiah percuma. Kalau acara makan2 tak usah cakaplah. Jadi rambang mata bila nampak makanan yang banyak di acara buffet. Buat sampai berapa kali trip entah dari meja buffet ke meja makan. Makanan dalam pinggan tak abis lagi, dah bangun pegi ambil lagi. "All you can eat" disalah ertikan dengan "All you can take and carry in you plate".
Lagi satu tabiat orang Malaysia yang aku tak faham melibatkan keadaan di jalanraya. Macam dia sorang saja nak cepat sampai ke destinasi. Potong memotong barisan, nak tukar lorong tak bagi signal. Main redah je. Bila dia kena macam tu, hon bukan main panjang. Tak ramai yang pemandu berhemah boleh bagi laluan kepada kereta lain apabila hendak keluar simpang yang sibuk. Kebanyakan mengharap orang lain akan beri laluan kepadanya, tapi bila apabila situasi itu diterbalikkan, dia sendiri taknak bagi laluan kepada orang lain. Apabila berlaku kemalangan di satu laluan, kesesakan berlaku sehingga melibatkan laluan yang bertentangan. Semua nak jadi pemerhati, perlahankan kenderaan sebab nak tengok kemalangan tu. Jalan jadi sesak sebab semua nak jadi pemandu yang "prihatin".
p/s: Semua yang ditulis ni hanyalah dari pengalaman dan peristiwa-peristiwa yang pernah aku lalui. Jika ia terkena batang hidung sesiapa, maafkan aku.

5 comments:

GRuNGe said...

I am proud to be Malaysia.

Itulah yang ada di negara kita. Di mana, dalam sesetengah hal, budaya timur kita tidak dapat di aplikasikan. Terutama bila di jalan raya.

lili11 said...

Hih hiii ... camner ngan janji Melayu (eh Melayu ke Malaysian eh). Janji kul 3 jadi 4 ... selalu lewat!!

░♥si lampu neon♥░ said...

kekadang aku ni ckp orang,tapi aku pon buat.
actually paling aku suke buat dan jadi habit skang yang kat jalan raye tu kot.

aku benci siot bile titiap kali aku je kene bagi jalan kat orang

dah tu aku paling benci orang suke hon tak tentu pasal.

oleh sebab itu, aku rase da tak gune aku nak berhemah2 kat jalan raye ni.

sape cepat die dapat!

huh samseng jalan raye kot aku ni?

varsha said...

GRuNGe---> memang susah ke nak aplikasi budaya timur di jalan raya?

lili11---> rasenye yang tu janji melayu kot...hehe

si lampu neon--> wah dasyat ye neon, tak sangka samseng di jalan raya rupanya...hehe jangan sampai jadi "road bully" sudah...

░♥si lampu neon♥░ said...

tak dulik2..org lain lagi jahat dr aku.. hehehe..