Welcome

Cuma sekadar luahan dari hati

Sunday, August 16, 2009

Orang baru

Suatu hari bapa Halina dan Kistina memanggil kedua-dua anaknya untuk berbincang sesuatu.

“Ada sesuatu yang ayah ingin beritahu kamu berdua”.

“Apa dia, ayah?” Tanya Halina.

“Sebelum ayah beritahu, ayah ingin bertanya. Berapa umur Halina sekarang?”

“Tahun ini Halina sudah 24 tahun, ayah. Kenapa?” Tanya Halina semula dengan hairan.

“Tarikh lahir Halina pula?” Tanya ayahnya semula.

“2* April 198*” Halina masih lagi mampu menjawab pertanyaan ayahnya walaupun hati semakin diasak pelbagai persoalan mengapa ayahnya tiba-tiba bertanyakan umurnya.

Kistina yang dari tadi hanya mendengar juga menjadi hairan dan tertanya-tanya apakah yang cuba disampaikan oleh ayah mereka.

“Ayah bertanyakan soalan ini ada sebabnya. Semalam ada seorang perempuan menghubungi ayah dan mengaku ayah ini sebagai ayahnya. Tetapi perkara ini masih belum pasti. Ayah akan menyiasat dahulu kebenarannya”. Terang ayah mereka.

Halina dan Kistina berpandangan sesama sendiri. Kistina, yang juga kakak kepada Halina, cuba bertanyakan sesuatu kepada ayahnya tetapi lidahnya terasa kelu. Pelbagai persoalan ingin ditanyakan tetapi tidak tahu di mana harus dimulakan.

Bersambung……

3 comments:

GRuNGe said...

Adeh, dah start dah dia buat cerpen sambung-sambung.

varsha said...

Hehehehe...xleh ke grunge? :p
saje boring....

░♥si lampu neon♥░ said...

amboi sini pon ade novel gak ke? korang ni berbakat la weh syabas!